D'Gems Empire. Powered by Blogger.

instagram

instagram

Instagram

Shaklee di hati

Shaklee di hati
Pengedar Shaklee Johor Bahru, Tebrau, dan seluruh Malaysia

RENOVATION RUMAH SENDIRI PART 2

PROJEK BAIKI RUMAH

Part 1 kita racun meracun rumput dan lalang kan,Part 2 kita main air pulak...ni pun tergendala dalam lebih kurang 2 minggu,sebab lambat SAJ masuk kan meter air( sabar je lah nak).
Lepas tu TNB pulak lambat masuk kan meter...bila aku g kedai tenaga rupa-rupanya..Kalau rumah tu x ada meter lebih dari 6 bulan,pepandai sendiri lah cari kontraktor untuk pasang kan meter api ye..(sabar jelah nak oi)..kalau kurang dari 6 bulan cuma bayar deposit jer..nasiblah aku,terpaksa mencari kontraktor.. x apa semua tu dah selsai...let go tu water games..

Dinding berlumut,rumah lama



Ni ha....berlumut dinding..tebal pulak tu...kalau gosok memang berabad lah jawapnye...jadi aku nak x nak kena kuar bajet jugak untuk beli water jets,nasib baik kat tesco ada water jet yang di dalam kemampuan poket aku..harga x lah mahal sangat dalam rm 200 lebih..tapi yang penting tahan lasak...
DINDING BERLUMUT,RUMAH LAMA


Dalam masa setengah hari aku dah boleh siap kan setengah dinding luar rumah...tapi mak ai,tangan punya lenguh..tuhan je tau..kebas dia dalam 1 jam baru hilang...tapi x apa puassss hati aku..menghilangkan kotoran kat dinding tu..
DINDING BERLUMUT,RUMAH LAMA

 Inilah hasil nye...berlumut dah x ada lagi..berbaloi aku panjat turun tangga.Siap dalam masa 1 hari setengah.

Kalau dinding betul2 berlumut,saya suggest kan tolong lah guna kan water jet.Sebab kalau gosok guna tangan lepak oooooo...Penat sepenat penat nye( ingat lagu spoon je boleh)


Sekarang kita beralih ke halaman depan rumah pulak...lagi dasyat lumut -lumut yang ada..(pening kepala aku )
LUMUT HALAMAN RUMAH LAMA
  Nampak x perbezaan simen halaman depan ni? tebal yang amat lumut tu..dan sekali lagi water jet berbaju kuning itulah yang membantu aku menghapuskan kotoran degil..
LUMUT HALAMAN RUMAH LAMA
 Nampak x,nampak x ...? beza x.?untuk aku siap kan line yang bersih tu lebih kurang dalam 1 jam tanpa henti..( bhenti lah kejap untuk minum air)
LUMUT HALAMAN RUMAH LAMA

Dan ini lah hasil nye...dalam keadaan panas terik..aku nak x nak kena siap kan jugak..jadi aku siaplah sebelum pukul 5 petang( mula tembak air termasuk dinding rumah dari kol 9.30 pagi.)

LUMUT HALAMAN RUMAH LAMA

Jadi selesai lah kerja2 tembak menambak air kat luar...kat luar ehh...dalam belum sentuh lagi,sentuh2 gitu2 jer.Dinding kat luar,sebelum cat dan sealer kena biarkan kering dulu dalam masa 2 hingga ke 3 hari.( jangan ada hujan,kalau ada hujan x di kira..mesti paling kurang 2 hari dinding kena kering tanpa ada hujan.)
Sementara tunggu dinding kat luar betul2 kering kita 
buat operasi kat dalam rumah pulak..jadi yang ini,kita kena tunggu  PART 3 ok..

Jumpa di PART 3



RENOVATION RUMAH SENDIRI PART 1

                                                    PROJEK BAIKI RUMAH

    Dah 2 hari x ada entri baru...sibuk bebenor sekarang ni tengah baiki rumah..Almaklumlah beli rumah second,segalanya banyak yang nak di tukar...fikir punya fikir,tengok blog2 yang buat rumah sendiri,jadi aku ambik keputusan untuk baiki rumah sendiri...


        Ini gambar2 sebelum rumput di sembur racun...agak2 apa lah yang bersarang kat rumput tu semua ek?


  Oh ya...penyewa rumah ni ngan owner lama dulu budak2 lori 10 tayar..cuba tgk kat kawasan tanah tu...tu bekas lori dorang bawa masuk...ambik ko..lori masuk dalam rumah you.......(nasib baik kawasan tanah tu luas)



 Tapi kalau di fikirkan,macam mana lah aku nak duduk kat umah yang memang terbiar ni...tapi x apa rezeki allah nak bagi..Waktu ni (2013)harga rumah ni dalam 235k...kalau sekarang aku x tau lah harga nye bape..


Yang ni pulak rumput dah di racun jeng jeng jeng!!
Ni aku kawtim ngan orang myanmar rohingya yang potong rumput tu...Suruh dia racun kan rumput yang menjadi semak samun sebelum ni.


 Tu dia...hasilnya setelah di racun....memang berbaloi aku suruh orang myanmar rohingya tu racun rumput..makin bersemangat aku nak modifikasi kan rumah aku ni..







Orang myanmar ni pesan kat aku...rumput yang dah mati tu..x yah kumpul kan,biarkan jer..nanti rumput tu reput sendiri..

Lepas ni kita ke part yang menggunakan air pulak tembak menembak kat dinding yang berlumut tu..
 (aku kena stanby lebih tenaga untuk memulakan projek yang masuk ke fasa yang agak berat sikit ni...

kita jumpa di part 2 ok..


SENDI NGILU KE...MEH BACA INFO KAT SINI..

ADA MASALAH SENDI ? BACA DULU NI



Siapa yang tak pernah mengalami masalah sendi?masalah radang sendi bukan sahaja selalu menimpa bila kita dah berumur,tapi orang dewasa pun berisiko menghadapi masalah sendi rosak atau radang sendi,atau kita boleh kategori kan sebagai osteoarthritis,Radang sendi kebiasaannya belaku pada satu atau lebih sendi di dalam tubuh badan kita.Kita akan merasa di bahagian sendi kan terasa sakit dan kadang2 boleh menyebabkan kekejangan terutamanya selepas bersenam.

Kesan kepada masalah sakit sendi ni jugak akan mengeluarkan bunyi/ngilu pada sendi yang bermasalah terutamanya bila kita bergerak.Mengikut kajian yang dalam berkumpulan,lebih dari seratus orang yang ada masalah sendi adalah di sebabkan kesakitan,kekejangan dan rasa ngilu pada sendi.Cuma sedikit saja masalah yang di kesan belaku boleh memberi kesan pada organ badan yang lain.Tapi jangan ambik mudah masalah oesteoarthritis ni,kalau tidak di rawat atau dicegah lebih awal,boleh menyebabkan masalah irreversible damage(tidak boleh di pulihkan pada keadaan yang asal) pada sendi,



Mengikut rujukan ArthritisFoundation 46 juta orang menderita osteoarthritis,rheumatoid arthritis berkait rapat dengan condisi yang lain termasuk fibromyalgia,gout,lupus,lyme disease,juvanile arthritis, psoriatis arthritis,bursitis,scleroderma,reiter,s syndrome,infectious arthritis,sjogren,s syndrome,ankylosing spondylitis.
Kalau explain kat sini panjang sangat..tapi arthritis ni ada banyak jenis.kita jangan ingat arthritis ni hanya pada sendi semata-mata saja.


Saya amat mengesyorkan untuk menggunakan 3 product shaklee ini..
Omega guard,joint health tablet ngan ostematrix..
Sebab kombinasi 3 product ini, akan membantu mencegah masalah sendi yang sentiasa menghantui otak kita..
Nak bersenam sakit,jalan jauh sikit sakit.kalau nak g gym(kena fikir dulu nak pergi ke x?
                           
                        
Jangan bertangguh lagi..cepat order..
           

AIMAN ADAM
SHAKLEE ID:852711

MUKA LEBIH TUA DARI USIA......?

SHAKLEE COLLAGEN POWDER

Shaklee Collagen powder,Rasa nye ramai dah pernah guna product Shaklee yang hebat ni kan?
Di sini saya akan cuba bantu anda semua untuk mengenal Shaklee Collagen powder ini secara mendalam sikit...x dalam mana pun..janji boleh faham betul x?

 Collagen is normal lah fungsi dia adalah top up mana yang dah kurang collagen tu..(dalam bahasa pasar nye menggelebeh) sori to say lah kan..kepadatan kolagen dalam tubuh badan kita bergantung pada kitaran umur dan corak kehidupan seseorang tau...x semestinya kalau umur dah mula 4 siri kolagen automatik akan berkurangan di dalam tubuh badan kita..x semestinya,sebab walaupun dah 4 siri tapi rajin bersenam,jaga permakanan dan kurang stress..kolagen akan kurang tapi lambat....atau proses pernuaan itu lambat..


Tapi ramai ke kang kawan yang rajin g bersenam?Ramai ke kang kawan yang tak stress?
x apa stress itu bagus untuk warm up tapi kalau terlebih stress akan meningkatkan kadar radikal bebas di dalam badan kita yang secara langsung akan menjadi toksin yang merbahaya dan sedap2 dia akan mengurangkan kolagen dalam badan kita itulah kadang2 ada perpatah kata,'muka i ni lebih tua dari usia lah you...'apa lagi ambik lah kolagen..

jadi di sini syorkan untuk guna shaklee collagen powder






Kandungan Shaklee collagen powder lebih kepada kombinasi antara kolagen,antioksidan ekstrak biji-bijian dan bakteria baik hebat kan...?ok kita senarai kan kandungan utama Shaklee Collagen powder pulak

Sumber kolagen dari sisik ikan merah laut dalam..(4000 mg 1 sachet)maknanya sumber laut dalam ni dia tidak terlalu terdedah pada UV, RADIKAL BEBAS,atau toksin2 yang perkeliaran di permukaan laut..terutama nye mercury,sebab semua ini ada radikal bebas yang teramat bahaya untuk tubuh makan kita.

Ada vitami C antioksidan yang membantu membina kolagen di dalam tubuh badan kita.. dan di bantu B2 & B6 untuk meningkatkan keberkesan kolagen di dalam ke luaran..

EKSTRAK BIJI CAMELLIA JAPONICA penting sebenarnya kalau kita nak melambatkan proses pernuaan sebab ekstrak biji camellia japonica ini akan meningkatkan hyaluronic acid.Kesannya....pada kulit kita dan hyaluronic acid ini juga akan mengurangkan wrinkles atau kedutan secara x langsung akan moisture content skin kita..(nampak tak....?)jadi secara x langsung kulit akan nampak lebih cerah..happy x?

Dan EKSTRAK PFAFFIA pulak lebih berfungsi pada menguatkan hormon estrogen dalam badan...oppps..!bro2 semua jangan pulak takut ,x ada kajian lagi ekstrak pfaffia ini mengganggu hormon lelaki(maknanya orang lelaki pun boleh guna Shaklee Collagen Powder..selain itu bagus untuk peredaran darah,immune system,reproductive system dll.

Last sekali LACTOBACILLUS ACIDOPHILUS( payah no menyebutnye) atau dalam bahasa ringkas bakteria baik...rasa nye semua tahu kan..bakteria baik bagus untuk penghadaman dan bagus untuk orang yang laktosa x stabil...

Rasa nye panjang dah kupasan pada Shaklee Collagen Powder ni...di pendekkan entry Shaklee Collagen Powder adalah membantu melambatkan proses penuaan dengan menganjalkan otot badan serta mencerahkan warna kulit dan mengurangkan kedutan disebabkan kehilangan kolagen.

Jadi saya sarankan untuk ambik Shaklee collagen Powder ini 2 kali sehari pagi sekali ngan sebelum tido sekali...tapi di sebabkan ada b2 dan b6 kemungkinan kita akan rasa panas..eloklah ambik 2 jam sebelum tido...

Kalau nak keterangan lebih lanjut  contact saya ok 

AIMAN ADAM
017-7208267
SHAKLEE ID:852711

**********************************************************************************

Segala penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

US TRIPS part 1

SHAKLEE US TRIPS (part 1)

Alhamdullillah x pernah terfikir pun nak holiday g US,(bajet tinggi tu)..Dengan kesungguhan kami buat shaklee,akhir nya dapat gak merasa trips g negara orang..KLIA TO HONGKONG(3 Jam setengah) HONG KONG TO LOS ANGELES 14 jam you...memang penat sesangat,tapi first time g tempat orang,,dalam flight je penat,lenguh bagai.Sampai kat airport LAX..tak terasa penat nye.

WELCOME TO LOS ANGELES



  HILTON HOTEL,bilik memang cantik (5 star)..cuma ada masalah besar buat aku...toilet dia memang ...X ADA HOS..!!kalau nak cebuk pandai2 lah sendiri..jadi nya terpaksalah beli tappuware buat cebuk..
pengajaran untuk kita yang nak g trip ke oversea,kebanyakan toilet hotel memang macam semua x ada hos..kat LA bukan setakat kat hotel,mana2 toilet semua sama..alternatif aku,,kemana mana pergi,kena bawa mineral water dalam botol.


 View dari bilik hotel aku..nasib baik ada balkoni.





Kat Los Angeles waktu ni x sejuk sangat lah..dalam 25'c,tapi pepagi memang sejuk dalam 18'c.



Tapi kalau nak g US..keng kawan kena prepare betul2,imegrisen dorang memang leceh sikit...Tour guide yang bawa kita orang explain,kalau bertuah(BERTUAH LAH SANGAT),kena panggil imegrisen US masuk dalam soal jawap...memang berjam-jam(ada yang sampai 4 jam)pada hal soal jawap x sampai pun setengah jam...(kannn kann..),tapi kalau nak keluar negara dorang,,,paling lah senang dan memang x leceh berbeza waktu nak masuk negara dorang...sedikit benda yang penting nak bawa kalau nak g US

1) Of course pasport kena ada( tapi kalau pernah g kawasan2 belah timur asia,stanby lah yer,memang byk tanya dorang ni,kalau bertuah,dipersilakan masuk dalam.)

2) Pakai ped lock TSA tau..kalau x beg akan lunyai bersepah nanti..

3) Stanby bawa pencebuk air sendiri..(hehehehe ini saya punya idea..)

4) Kalau x silap maggi x leh bawa tau,,tapi kalau brand brahim pumya tu insyallah lepas..( Susah ooo nak cari makanan halal)

Ok cukup dulu part 1,nanti kita sambung part 2 pulak














Salam Kermerdekaan yang ke 57

Salam Kemerdekaan.

Salam merdeka yang ke-57,semoga kita sentiasa mencari dan terus mengenali apa erti kemerdekaan yang sebenarnya..
Merdekakan lah diri kita terlebih dahulu insyaallah kemerdekaan yang hakiki akan automatik mengiringi perjalanan hidup yang merdeka.

MERDEKA..........................7X

Merdeka kah kita dari hasad dengki?
Merdeka kah  kita bersifat meninggi diri?
Merdeka kah kita dari belenggu hidup?
Merdeka kah kita dari sikap negatif?
Merdeka kah kita dari asyik mengata orang?
Merdeka kah kita dari kemiskinan?
Merdeka kah kita dari mengadu domba?

Jangan tunggu lagi..berusaha dan terus berusaha untuk memerdekaan hidup kita masing2..!

banyak lagi kot...tak apa masing2 masih mood merdeka..

Salam kemerdekaan dari saya..